Terma Penggunaan

SILA BACA TERMA PENGGUNAAN DAN POLISI PRIVASI HERBALIFE INTERNATIONAL OF AMERICA, INC. ("HERBALIFE"), YANG TERLETAK DI www.my.myherbalife.com/dasar-privasi SEBELUM MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI ATAU MEMBELI MANA-MANA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN DARIPADA HERBALIFE.

Terma Penggunaan adalah perjanjian (“Perjanjian”) antara Herbalife, syarikat di Nevada (“Syarikat,” “kami” atau “kita”) dan anda ("anda" atau "Pengguna"). Perjanjian ini menetapkan terma dan syarat di sisi undang-undang yang mentadbir penggunaan laman web ini dan setiap Platform Pengedar Bebas dan setiap Web Property oleh anda (secara kolektif dirujuk di sini sebagai "Laman Web") dan bagi pembelian anda dan/atau penggunaan mana-mana barang, perkhidmatan (secara kolektif dirujuk di sini sebagai, “Tawaran”) Herbalife. Perjanjian ini juga menyediakan maklumat bagaimana untuk menjadi Pengedar Bebas Herbalife.

Penggunaan Laman Web dan semua maklumat, data, teks, perisian, imej, bunyi dan lain-lain bahan yang terkandung di sini oleh anda, atau penggunaan atau pembelian oleh anda bagi mana-mana Tawaran lain mengesahkan perjanjian tanpa syarat untuk terikat oleh Perjanjian ini dan tertakluk kepada pematuhan tanpa syarat anda dengan terma dan syarat Perjanjian ini. Jika anda tidak bersetuju untuk terikat dengan Perjanjian ini, anda dilarang mengakses atau juga menggunakan Laman Web ini atau menyertai dalam mana-mana Tawaran.

Jika anda tidak berpuas hati dengan Laman Web atau Tawaran lain, remedi mutlak dan eksklusif anda adalah berhenti menggunakan Laman Web atau Tawaran, kecuali bagi jaminan terhad yang berkenaan dengan Tawaran produk Herbalife atau juga dinyatakan dengan jelas dalam Bahagian 5 Perjanjian ini (Jaminan Pelanggan Herbalife).

Perjanjian ini dan Polisi Privasi Herbalife ("Polisi Privasi") dan apa-apa terma dan polisi yang dimasukkan di sini melalui rujukan (secara kolektifnya, " Polisi-polisi Lain"), merupakan perjanjian menyeluruh antara anda dan kami berkaitan dengan perkara tersebut dan menggantikan segala yang terdahulu atau persetujuan, persefahaman, perundingan dan perbincangan lain-lain, sama ada secara lisan atau bertulis. Tiada penepian bagi mana-mana peruntukan Perjanjian ini boleh dianggap sebagai penepian mana-mana peruntukan lain (sama ada sama atau tidak), juga penepian tersebut bukan merupakan penepian berterusan kecuali diperuntukkan secara nyata. 

Maklumat dan ciri-ciri yang dimasukkan dalam Laman Web ini tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa notis. Dengan mengakses atau memaut kepada Laman Web ini (setakat mana pautan dibenarkan), anda mengandaikan bahawa terdapat risiko maklumat di Laman Web mungkin ditukar atau dikeluarkan.

1. PENGUBAHSUAIAN
Kami berhak pada bila-bila masa untuk:

  • Menukar terma dan syarat Perjanjian ini;
  • Meningkatkan, menambah, mengubah suai atau menamatkan Laman Web ini atau Tawaran lain, atau mana-mana bahagian Laman Web atau Tawaran lain, pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlak kami.

Dari semasa ke semasa, kami mempunyai hak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengubah suai, mengemas kini, menambah, menamatkan, mengeluarkan, mengkaji semula, atau juga mengubah mana-mana bahagian Perjanjian ini, secara keseluruhan atau sebahagiannya, pada bila-bila masa. Bagi perubahan kepada Perjanjian ini yang kami anggap material, kami akan meletakkan notis di Laman Web dengan menyemak semula pautan di laman utama agar boleh dibaca dengan ketara dan jelas sebagai "Terma Penggunaan yang Telah Dikemaskinikan" untuk tempoh masa yang munasabah.  Jika anda menyediakan maklumat kepada kami, mengakses atau menggunakan Laman Web atau menyertai mana-mana Tawaran dengan cara apa pun selepas Perjanjian ini telah ditukar, anda dianggap telah membaca, memahami dan memberi keizinan dan persetujuan tanpa syarat kepada perubahan tersebut. Versi terkini Perjanjian ini boleh didapati di Laman Web dan akan menggantikan semua versi terdahulu Perjanjian ini.

Laman Web atau Tawaran, secara keseluruhan atau sebahagiannya, mungkin dipertingkatkan, diubah suai atau ditamatkan atas budi bicara mutlak kami. Sebarang peningkatan, penambahan atau pengubahsuaian kepada Laman Web atau Tawaran tertakluk kepada Perjanjian ini.

2. AKSES
Anda mesti mendapatkan akses kepada Internet dan membayar mana-mana yuran perkhidmatan yang berkaitan dengan akses tersebut untuk menggunakan Laman Web ini. Di samping itu, anda mesti menyediakan segala peralatan yang diperlukan untuk anda mengakses Internet. Anda bertanggungjawab secara mutlak bagi pembelian, sambungan, pemasangan, pemuatan, operasi dan penyenggaraan mana-mana perkakasan, perisian, perkhidmatan telefon (kabel atau lain-lain), dan perkhidmatan akses Internet kepada komputer peribadi anda dan kos-kos yang berkaitan. Anda bertanggungjawab secara mutlak untuk mengimbas perkakasan dan perisian anda untuk virus komputer dan lain-lain    masalah yang berkaitan sebelum menggunakannya. Kami menafikan dengan nyata sebarang liabiliti atau tanggungjawab bagi sebarang kesilapan atau kegagalan yang berkaitan dengan pincang tugas atau kegagalan perkakasan atau perisian anda yang berkaitan dengan penggunaan Laman Web or Tawaran.

3. KELAYAKAN
Anda dengan ini mewakili dan menjamin bahawa anda berusia lapan belas (18) tahun atau lebih, atau jika anda berusia di bawah lapan belas (18) tahun, anda sekurang-kurangnya berusia tiga belas (13) tahun dan mengakses Laman Web dengan pengetahuan dan keizinan ibu bapa atau penjaga sah anda, yang juga dianggap telah bersetuju dengan Perjanjian ini. Ciri-ciri tertentu Laman Web ini (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pendaftaran pengguna) dan Tawaran tertentu mungkin tertakluk kepada had umur yang lebih tinggi dan/atau syarat-syarat kelayakan lain.

Produk-produk Herbalife dan peluang perniagaan Herbalife tidak boleh ditawarkan, dihantar, atau dijual di mana-mana negara selain daripada negara-negara yang sebelum ini diluluskan oleh Herbalife. Untuk senarai negara-negara tersebut, sila klik di sini: Negara-negara yang Diluluskan. Herbalife sedang mengembangkan jualannya ke pasaran lain, dengan itu sila semak pengemaskinian senarai ini dari semasa ke semasa.

4. PENGEDAR-PENGEDAR BEBAS HERBALIFE
Produk-produk dan perkhidmatan Herbalife dijual melalui rangkaian Pengedar-pengedar Bebas Herbalife. Untuk membeli produk-produk atau perkhidmatan Herbalife, anda tidak perlu menjadi Pengedar Bebas. Jika, bagaimanapun, anda berminat untuk memulakan perniagaan dari rumah anda sendiri sebagai Pengedar Bebas Herbalife, sila rujuk kepada bahagian Peluang Perniagaan kami.

5. JAMINAN PELANGGAN HERBALIFE
Herbalife menjamin kualiti mana-mana produk yang membawa nama Herbalife dan memperaku produk-produk yang dikilangkan memenuhi standard yang tinggi dari segi kesegaran dan ketulenan untk kegunaan pelanggan. Kami yakin bahawa pelanggan-pelanggan kami akan mendapati produk-produk kami memuaskan dari segala segi. Bagaimanapun, jika atas apa-apa sebab, pelanggan runcit tidak benar-benar berpuas hati dengan mana-mana produk Herbalife yang dibeli dari Herbalife.com, kami menawarkan pertukaran barang atau bayaran balik sepenuhnya (tidak termasuk caj penghantaran). Hantar permohonan untuk bayaran balik dari Herbalife dalam tempoh (30) hari dari penerimaan produk dengan menghubungi Jabatan Pekhidmatan Pelanggan di Herbalife.com. Jaminan ini hanya dihadkan oleh terma waranti khusus tertentu yang disertakan atau dibungkus dengan produk tertentu dan tidak terpakai kepada mana-mana produk yang dirosakkan atau disalahgunakan secara sengaja.

6. MAKLUMAT ANDA DAN PRIVASI ANDA

Jika anda memberi maklumat kepada Laman Web ini, anda bersetuju untuk memberikan maklumat yang tepat, terkini dan lengkap mengenai diri anda apabila diminta dan bersetuju untuk menyenggara dan mengemaskinikan maklumat tersebut dengan sewajarnya. Kami akan menggunakan dan menyenggara mana-mana maklumat mengenai anda yang kami kumpul melalui Laman Web ini selaras dengan Polisi Privasi kami, yang terletak di www.my/myherbalife.com/dasar-privasi.

7. BORANG PENGGUNA
Forum, papan buletin, bilik sembang atau kawasan interaktif lain yang atau mungkin ditawarkan di Laman Web ini ("Forum Pengguna") disediakan untuk menyediakan pengguna dengan forum di mana mereka boleh menyatakan pendapat, berkongsi idea dan maklumat. Individu yang menyiarkan kandungan dalam Forum Pengguna ("Kandungan Komuniti") bertanggungjawab di atas kebolehpercayaan, ketepatan, dan kebenaran kandungan, dan kami tidak mempunyai sebarang kawalan atas kandungan yang sama. Selain itu, kami tidak mempunyai kawalan sama ada bahan-bahan yang disiarkan itu akan membuatkan pengguna berasa sakit hati, meluat atau tidak boleh menerimanya dan menafikan secara nyata sebarang tanggungjawab ke atas bahan-bahan tersebut.

Kami tidak akan dan tidak boleh meneliti setiap mesej yang dihantar oleh pengguna ke Forum Pengguna, dan tidak bertanggungjawab ke atas kandungan mesej-mesej ini atau pandangan atau pendapat yang dinyatakan oleh pengguna di Forum Pengguna. Maklumat yang didedahkan dalam Forum Pengguna sememangnya didedahkan untuk orang ramai. Kami mempunyai hak, tetapi tidak bertanggungjawab, untuk memadam, mengalihkan atau mengedit kandungan, secara keseluruhan atau sebahagiannya, yang dihantar oleh anda ke  Laman Web untuk sebarang sebab mengikut budi bicara mutlak kami. Selain itu, kami mungkin memadamkan, mengalihkan, mengedit atau mendedahkan kandungan mesej apabila diminta berbuat demikian dari segi undang-undang atau dengan niat yang baik mempercayai bahawa tindakan itu perlu untuk memelihara hak dan harta kami atau memelihara keselamatan pengguna kami atau orang ramai. Dalam apa jua keadaan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk memantau Forum Pengguna atau membuang bahan-bahan khusus.

Anda memahami bahawa memuatnaikkan dan/atau menyiarkan sebarang Kandungan Komuniti dalam mana-mana Forum Pengguna tidak akan tertakluk kepada sebarang tanggungjawab keyakinan bagi pihak Syarikat, dan kami tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang penggunaan atau pendedahan mana-mana Kandungan Komuniti.

(a) Sekatan Penggunaan
Dengan mengambil kira penggunaan Forum Pengguna dan kefungsiannya oleh anda, anda dengan ini bersetuju untuk mematuhi "Garis Panduan Komuniti" yang dinyatakan di bawah. Tanpa mengehadkan hak dan remedi kami yang lain, individu yang melanggar Garis Panduan Komuniti yang berikut boleh, bergantung kepada budi bicara mutlak kami, dilarangkan secara tetap daripada menggunakan Laman Web ini:

  1. Mengumpul atau menuai maklumat mana-mana pengguna atau jika tidak, mengakses Laman Web menggunakan cara automatik (termasuk tetapi tidak terhad kepada mengutip hasil, pautan yang dalam, bot, robot, spiders atau scrapers). 11. “kerangka”, “cermin” or “pautan dalam” mana-mana bahagian Laman Web atau Tawaran lain tanpa kebenaran bertulis yang dihantar sebelum ini tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu.
  2. pautan pada mana-mana halaman dalam Laman Web atau Tawaran lain dari mana-mana laman web atau halaman web yang membuat dakwaan kuasa penyembuhan atau kuasa meningkatkan kesihatan mana-mana bahan, di mana sama ada bahan-bahan itu dikeluarkan, dipasarkan, dijual atau diedarkan oleh kita.

Kami tidak mengendors Kandungan Komuniti dalam Forum Pengguna dan secara khususnya  menafikan tanggungjawab atau liabiliti bagi mana-mana individu atau entiti (termasuk, tanpa pembatasan, orang yang mungkin menggunakan atau bergantung kepada bahan-bahan tersebut) bagi sebarang kerugian, kerosakan (sama ada yang sebenar, turutan, punitif atau sebaliknya), kecederaan, tuntutan, liabiliti atau sebab lain dalam apa jua bentuk atau ciri berdasarkan atau hasil daripada mana-mana Kandungan Komuniti yang disediakan melalui Forum Pengguna. Dengan menyiarkan atau memuatnaikkan Kandungan Komuniti ke mana-mana Forum Pengguna atau mengemukakan Kandungan Komuniti yang lain kepada kami, anda secara automatik memberikan (atau menjamin pemilik hak tersebut telah memberikan secara nyata) kami hak dan lesen tidak eksklusif yang berterusan, di seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh ditarik balik untuk menggunakan, menghasilkan semula, mengubah suai, mengadaptasi, menerbitkan, menterjemah, memberi lesen sub, mencipta karya terbitan daripada dan mengedar bahan-bahan tersebut atau memasukkan  Kandungan Komuniti tersebut dalam mana-mana bentuk, medium, atau teknologi yang kini dikenali selepas ini dicipta di seluruh alam semesta secara berterusan. Selain itu, anda menjamin bahawa kandungan yang dimuatnaikkan atau dihantar oleh anda tidak melanggar mana-mana hak publisiti atau “hak moral” atau hak-hak lain yang sama atau seakan-akan serupa mana-mana individu di bawah undang-undang di mana-mana negara atau rantau di dunia.

Anda bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada kami bagi mana-mana dan semua tuntutan, kerosakan, kehilangan, dan kuasa tindakan pihak ketiga yang timbul daripada atau hasil daripada hantaran anda atau memuatnaikkan sebarang Kandungan Komuniti ke mana-mana Forum Pengguna atau mengemukakan sebarang Kandungan Komuniti kepada kami, atau kegagalan anda untuk mematuhi Garis Panduan Komuniti.

8. PENGGUNAAN ALAMAT EMEL YANG DISEDIAKAN OLEH LAMAN WEB

Apabila menggunakan mana-mana alamat emel yang diberikan kepada anda oleh atau melalui Laman Web atau Tawaran lain, anda bersetuju untuk menggunakan alamat emel tersebut selaras dengan undang-undang dan tidak menghantar kepada mana-mana individu atau entiti:

  • sebarang kandungan yang melanggar Garis Panduan Komuniti yang dinyatakan di atas berhubung dengan Forum Pengguna atau yang menyalahi undang-undang, mengandungi unsur penipuan, mengancam, kesat,memfitnah,mendatangkan fitnah, tak beradab, lucah, memudaratkan, mengganggu, melakukan tort, menceroboh privasi orang lain, terkutuk, atau kasar dari segi perkauman, etnik, atau tertakluk kepada Perjanjian kerahsiaan, atau melanggar hak intelek atau hak-hak lain kita atau mana-mana pihak ketiga;
  • mana-mana maklumat yang tidak diketahui orang awam mengenai mana-mana syarikat;
  • mana-mana rahsia perniagaan; atau
  • mana-mana kod, fail atau program komputer (contohnya, virus komputer) yang secara sengaja mengganggu, memusnahkan, menjejas keselamatan atau mengehadkan fungsi mana-mana peranti.
  • menghantar spam adalah dilarang sama sekali. Spam didefinisikan untuk tujuan ini sebagai menghantar mesej yang tidak diminta kepada seseorang, entiti, kumpulan berita, forum, senarai emel atau lain-lain kumpulan atau senarai yang kecuali kebenaran telah didapati lebih dahulu daripada penerima emel yang secara jelas membenarkan komunikasi emel dihantar kepada mereka, atau kecuali perhubungan perniagaan atau peribadi telah pun dibina dengan penerima emel.
  • JIKA ANDA MENERIMA “SPAM” DARIPADA SESEORANG YANG MENJUAL ATAU MENERANGKAN PRODUK-PRODUK ATAU PELUANG PERNIAGAAN HERBALIFE, SILA HUBUNGI KAMI DENGAN SEGERA.
  • penggunaan tajuk palsu dalam emel atau memalsukan, pemalsuan atau mengubah asal usul mana-mana emel yang berkaitan dengan Herbalife dan/atau produk-produk dan perkhidmatannya adalah dilarang.
  • jika seseorang atau entiti menyatakan mereka tidak mahu menerima emel, anda bersetuju untuk tidak menghantar emel kepada orang atau entiti tersebut. Jika seseorang itu pada awalnya bersetuju untuk menerima emel, tetapi selepas itu meminta tidak lagi menerima emel, anda mesti mematuhi permintaan tersebut.
  • Herbalife melarang melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang disebut di atas, oleh diri anda atau melalui perkhidmatan penyedia lain, perkhidmatan remailer atau yang sebaliknya.

9. HAK PROPRIETARI KAMI
Laman Web ini dan semua kandungan yang terkandung di dalamnya, pada masa depan mungkin mengandungi, termasuk tetapi tidak terhad kepada artikel, pendapat, lain-lain teks, direktori, panduan, gambar foto, ilustrasi, imej, video dan klip audio dan kopi pengiklanan, di samping juga tanda dagangan, hak cipta, logo, nama domain, kod, nama dagang, tanda khidmat, paten dan semua bahan-bahan yang berhak cipta (termasuk kod sumber dan objek) dan/atau mana-mana bentuk lain hak intelek (secara kolektif, "Bahan-bahan") dimiliki atau dilesenkan kepada kami atau pihak ketiga yang diberi kuasa dan dilindungi daripada penggunaan, penyalinan dan pengedaran yang tidak dibenarkan melalui undang-undang hak cipta, tanda dagangan, publisiti dan undang-undang lain oleh perjanjian antarabangsa. Kecuali dibenarkan dengan nyata secara bertulis oleh kami, anda tidak boleh merakam, menghasilkan semula, membuat pertunjukan, memindahkan, menjual, melesenkan, mengubah suai, mencipta karya terbitan daripada atau berdasarkan, menerbitkan semula, membuat kejuruteraan membalik, memuatnaikkan, mengedit, menyiarkan, menghantar, memaparkan kepada orang ramai, membingkaikan, memautkan,mengedar, atau mengeksploitasikan secara sepenuhnya atau sebahagian daripada Bahan-bahan tersebut. Tiada apa yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau di Laman Web boleh dianggap sebagai pemberian, melalui implikasi, estopel atau sebaliknya, mana-mana lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Bahan-bahan dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis kami dahulu atau pihak ketiga yang mungkin memiliki Bahan-bahan atau hak intelek yang dipaparkan di Laman Web. PENGGUNAAN, PENYALINAN, PENGHASILAN SEMULA, PENGUBAHSUAIAN, PENERBITAN, MEMUATNAIKKAN, MEMBINGKAIKAN, MEMUATTURUNKAN, MENYIARKAN, MENGHANTAR, MENGEDAR, MENDUPLIKASI TANPA KEBENARAN ATAU SEBARANG PENYALAHGUNAAN LAIN MANA-MANA BAHAN-BAHAN DILARANG SAMA SEKALI. Sebarang penggunaan Bahan-bahan selain daripada yang dibenarkan oleh Perjanjian merupakan pelanggaran Perjanjian ini dan mungkin merupakan pelanggaran hak cipta dan/atau paten. Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Bahan-bahan untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang dan tidak  melanggar hak kita atau hak orang lain. Anda bersetuju untuk tidak campur tangan (atau membenarkan penggunaan keahlian anda oleh pihak ketiga untuk campur tangan) dengan proses normal atau penggunaan Laman Web oleh ahli-ahli lain, termasuk tanpa pembatasan dengan mencuba untuk mengakses kawasan pentadbiran Laman Web. Anda bersetuju untuk melaporkan sebarang pelanggaran Perjanjian ini oleh orang lain yang disedari oleh anda. Anda dinasihatkan bahawa kami akan terus menguatkuasakan secara agresif hak kami ke takat undang-undang sepenuhnya. Kami mungkin menambah, mengubah, menamatkan, membuang atau menggantung sebarang Bahan-bahan pada bila-bila masa, tanpa notis dan tanpa liabiliti. Herbalife, logo kami, dan nama produk yang dihasilkan, dipasarkan, dijual atau diedarkan oleh Herbalife, adalah tanda dagangan dan/atau tanda khidmat Herbalife International of America, Inc., atau sekutu-sekutunya. Tanda dagangan, tanda khidmat, dan logo lain yang digunakan di Laman Web atau pada Tawaran adalah tanda dagangan, tanda khidmat atau logo pemiliknya masing-masing.

10. KEAHLIAN DAN PENDAFTARAN
Bahagian tertentu Laman Web mungkin memerlukan pendaftaran atau mungkin meminta anda menyediakan maklumat untuk menyertai dalam ciri-ciri tertentu atau untuk mengakses kandungan tertentu. Amalan mentadbir maklumat peribadi anda dalam Laman Web ini didedahkan dalam Polisi Privasi ini. Keputusan untuk menyediakan maklumat ini adalah secara suka rela dan atas pilihan sendiri; bagaimanapun, jika anda memilih untuk tidak menyediakan maklumat tersebut, anda mungkin tidak boleh mengakses kandungan tertentu atau menyertai ciri-ciri tertentu Laman Web ini.

Jika anda mendaftar dengan Laman Web ini, anda bersetuju untuk menerima tanggungjawab bagi semua aktiviti yang dilaksanakan di bawah akaun, emel atau kata lauan anda, jika ada, dan bersetuju anda tidak akan menjual, memindahkan atau menyerah hak   keahlian anda, sebarang hak keahlian atau mana-mana alamat emel yang dikeluarkan oleh Laman Web. Anda bertanggungjawab mengekalkan kerahsiaan kata laluan anda, jika ada, dan untuk mengehadkan akses kepada komputer anda agar orang lain tidak boleh mengakses bahagian Laman Web yang dilindungi kata laluan atau alamat emel yang dikeluarkan Laman Web yang menggunakan nama penuh atau sebahagian nama anda. Kita mungkin, mengikut budi bicara mutlak kami, dan pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis, menamatkan kata laluan dan keahlian anda, atas sebarang sebab atau tanpa sebab langsung.

11. PENYERAHAN IDEA
Kami amat berbesar hati menerima maklum balas daripada pengguna dan mengalu-alukan komen anda mengenai perkhidmatan dan produk-produk Herbalife. Bagaimanapun, polisi syarikat yang telah sekian lama diamalkan tidak membenarkan ia menerima atau mempertimbangkan idea, cadangan, atau bahan-bahan yang kreatif kecuali apa yang diminta secara khusus (lihat di bawah). Walaupun kami menghargai maklum balas anda mengenai perkhidmatan dan produk-produk kami, kami meminta anda menyampaikan komen yang khusus mengenai perkhidmatan dan produk-produk tersebut, dan meminta anda tidak menghantar sebarang idea, cadangan, atau bahan-bahan kreatif. Kami berharap anda memahami bahwa tujuan polisi ini adalah untuk mengelakkan kemungkinan timbul salah faham apabila projek yang dibangunkan oleh staf profesional kami atau sekutu kami kelihatan oleh orang lain sebagai menyamai hasil kerja mereka sendiri. Sehubungan dengan itu, kami meminta anda agar tidak menghantar sebarang bahan-bahan kreatif original seperti reka bentuk pertunjukan, gambar foto, lakaran, atau hasil seni original.

Jika anda menghantar atau menyiarkan penyerahan khusus yang tertentu atas permintaan kami (contohnya, melalui papan kenyataan mesej atau yang berkaitan dengan peraduan) atau jika anda menghantar cadangan, idea, nota, gambar  foto, lakaran, konsep kreatif, atau sebarang maklumat lain (setiap satu, "Penyerahan" dan secara kolektif,  "Penyerahan-penyerahan") walaupun kami telah meminta agar anda tidak menghantar sebarang Penyerahan yang tidak diminta atau lain-lain bahan-bahan kreatif, Penyerahan tersebut akan dianggap sebagai tidak sulit dan bukan proprietari dalam setiap keadaan. Untuk tujuan Perenggan ini, semua Kandungan Komuniti dianggap sebagai termasuk dalam definisi Penyerahan. Tiada satu pun Penyerahan ini tertakluk kepada sebarang obligasi keyakinan di pihak kami, dan kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penggunaan atau pendedahan bagi mana-mana Penyerahan. Mana-mana Penyerahan boleh digunakan oleh kami tanpa sekatan untuk apa-apa tujuan sekali pun, termasuk, tanpa sekatan, penghasilan semula, pendedahan, transmisi, penerbitan, penyiaran atau hantaran, dan anda dengan ini mengetepikan, melepaskan dan tidak membuat tuntutan yang tidak boleh diubah bahawa sebarang penggunaan Penyerahan tersebut melanggar mana-mana hak anda, termasuk, tanpa pembatasan, hak cipta, tanda dagangan, hak moral, hak privasi, hak proprietari atau lain-lain hak harta, hak publisiti, atau hak menerima pengharagaan bagi bahan-bahan atau idea. Kami akan memiliki dan diberikan hak yang tidak boleh ditarik balik, tetapi bukan tanggungjawab, untuk menghasilkan semula, mengubah suai, mengadaptasi, menerbitkan, menyiarkan, melesenkan, membuat pertunjukan, menghantar, menjual, menterjemah, memasukkan, mencipta karya terbitan daripada, mengedar dan sebaliknya menggunakan Penyerahan dalam mana-mana dan semua media, kini diketahui atau selepas ini yang dicipta, di seluruh semesta alam, secara berterusan, tanpa menempatkan bagi anda sebarang pampasan atau penghargaan. Dengan menghantar Penyerahan ini ke Laman Web atau kepada kami, anda mengatakan bahawa Penyerahan tersebut adalah original bagi anda dan tidak melanggar atau mencerobohi hak-hak pihak ketiga, termasuk, tanpa pembatasan, sebarang hak milik intelek dan hak publisiti danatau privasi. Semua Penyerahan kepada Laman Web dan/atau kami akan menjadi harta mutlak kami dan tidak akan diakui atau dipulangkan. Anda bersetuju dan memahami bahwa kami tidak bertanggungjawab menggunakan mana-mana Penyerahan yang anda buat di Laman Web atau kepada kami dan anda tidak mempunyai hak untuk memaksa penggunaan tersebut. Anda dengan ini mengakui dan bersetuju bahawa perhubungan anda dengan kami bukan rahsia, tidak bersifat fidusiari, atau bukan berdasarkan perhubungan istimewa yang lain, dan keputusan anda untuk menyerahkan bahan-bahan kepada kami tidak meletakkan kami dalam kedudukan yang tidak kurang bezanya daripada kedudukan rakyat biasa apabila merujuk kepada Penyerahan anda. Anda memahami dan memaklumi yang anda mempunyai akses luas kepada idea, cerita, reka bentuk, dan lain-lain bahan-bahan perpustakaan lain, dan idea baharu sering dihantar atau sedang dibangunkan oleh pekerja-pekerja kita sendiri. Banyak idea atau cerita mungkin kompetitif dengan, atau hampir sama atau seiras dengan Penyerahan anda dari segi tema, idea, plot, format atau yang lain. Anda menerima dan bersetuju bahawa anda tidak berhak menerima sebarang pampasan kerana penggunaan bahan-bahan yang hampir sama atau sama. Akhirnya, anda mengakui bahawa, berkaitan dengan mana-mana tuntutan yang anda ada mungkin berkaitan dengan atau timbul daripada pengeksploitan yang sebenar atau didakwa atau penggunaan sebarang bahan-bahan yang anda hantar ke Laman Web dan/atau kita, kerosakan, jika ada, disebabkan olehnya tidak dapat dipulihkan atau sebaliknya mencukupi untuk menyebabkan anda berhak menerima relief saksama yang lain atau dalam apa-apa cara untuk menyuruh membuat pengeluaran, pengedaran, pameran  atau eksploitasi-eksploitasi lain bagi mana-mana berdasarkan pengeluaran atau dakwaan berdasarkan bahan-bahan, dan hak-hak anda dan remedi dalam kejadian tersebut dibataskan semata-mata kepada hak untuk mendapatkan ganti rugi, jika ada, dalam tindakan undang-undang.

12. HAK CIPTA DAN EJEN HAK CIPTA
Herbalife menghormati hak intelek orang lain dan kami meminta pengguna kami melakukan perkara yang sama. Sejajar dengan Digital Millennium Copyright Act, Herbalife telah  menentukan Ejen Hak Cipta untuk menerima notis tuntutan bagi pelanggaran hak cipta di  Laman Web. Ejen Hak Cipta Herbalife, George Fischer, boleh dihubungi di GeorgeF@herbalifeHerbalife.com.

Jika anda mempercayai bahawa ada Kandungan Komuniti yang melanggar hak cipta karya yang dimiliki dan di bawah kawalan anda atau jika anda percaya karya anda telah disalin dengan cara yang disifatkan sebagai pelanggaran hak cipta, sila sediakan maklumat berikut secara bertulis dengan segera kepada Ejen Hak Cipta Herbalife (lihat 17 U.S.C. § 512(c)(3) untuk maklumat lanjut):

  1. Tandatangan elektronik atau fizikal seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik kepentingan hak cipta;
  2. Penerangan mengenai karya yang dilindungi hak cipta yang anda dakwa telah dilanggar, atau jika pelbagai hasil kerja yang dilindungi hak cipta yang diliputi oleh pemberitahuan tunggal, senarai yang mewakili karya-karya tersebut;
  3. URL yang tepat atau penerangan yang mencukupi secara sewajarnya untuk membolehkan Herbalife mengesan di mana bahan yang didakwa melanggar hak cipta itu terletak di Laman Web;
  4. Nama, alamat, nombor telefon dan alamat emel anda;
  5. Penyataan oleh anda bahawa anda dengan niat yang baik mempercayai bahawa penggunaan yang dipertikaikan tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya atau di sisi undang-undang;
  6. Penyataan oleh anda, yang dibuat di bawah penalti sumpah bohong, bahawa maklumat di atas di dalam notis anda adalah tepat dan anda adalah pemilik hak cipta atau mempunyai kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta.

13. PROMOSI
Laman Web ini mungkin mengandungi cabutan bertuah, pertandingan atau lain-lain promosi yang memerlukan anda menghantar bahan-bahan atau maklumat mengenai diri anda sendiri. Sila ambil perhatian bahawa cabutan bertuah, pertandingan atau promosi yang ditawarkan melalui Laman Web mungkin, dan selalunya, ditadbir oleh set peraturan yang berasingan, di samping menggambarkan cabutan bertuah, pertandingan atau promosi tersebut, mungkin mempunyai syarat kelayakan, seperti umur tertentu atau sekatan kawasan geografi, terma dan syarat yang mentadbir penggunaan bahan-bahan yang anda hantar, dan pendedahan mengenai bagaimana maklumat peribadi anda mungkin digunakan. Ia adalah tanggungjawab anda untuk membaca peraturan tersebut untuk menentukan sama ada anda mahu atau layak untuk menyertai, mendaftar dan/atau memasukinya. Dengan memasuki cabutan bertuah, pertandingan atau promosi, anda bersetuju untuk mematuhi dengan akur kepada peraturan tersebut dan keputusan penaja-penaja di sini, yang bersifat muktamad dan mengikat dalam semua segi.

14. PAUTAN
Walaupun kami berusaha untuk mengekalkan integriti Laman Web dan lain-lain Tawaran, kami tidak menjamin ketepatan atau kesempurnaan Laman Web atau lain-lain Tawaran. Jika anda percaya bahawa anda telah menemui kesilapan di Laman Web atau lain-lain Tawaran, sila hubungi kami di 866-617-4273 dan menyertakan, jika boleh, penerangan kesilapan tersebut, lokasi URL dan maklumat hubungan anda. Kami akan melaksanakan usaha yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah anda.

15. KESILAPAN
Kami mungkin menyediakan pautan ke laman web atau sumber-sumber pihak ketiga. Peruntukan kami bagi pautan tersebut bukan merupakan pengendorsan bagi sebarang maklumat, produk atau perkhidmatan yang boleh dicapai melalui pautan tersebut. Kami tidak bertanggungjawab bagi kandungan atau prestasi bagi mana-mana bahagian Internet termasuk Laman Web World Wide lain di mana Laman Web tersebut mungkin dipautkan dari mana Laman Web tersebut boleh diakses.  Anda diminta untuk memaklumkan kepada kami sebarang kesilapan atau bahan-bahan yang tidak sesuai yang ditemui di Laman Web di mana Laman Web ini berada atau mungkin dipautkan.

16. PENAFIAN WARANTI; PEMBATASAN LIABILITI
ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA LAMAN WEB INI DAN SEMUA BAHAN-BAHAN DAN HAK INTELEK YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA DIEDARKAN SECARA "SEBAGAIMANA ADANYA" "SEPERTI TERSEDIA" "DENGAN SEGALA KESILAPAN" DAN TANPA WARANTI JENIS APA PUN, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TANPA PEMBATASAN, WARRANTI TAJUK ATAU WARRANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, BUKAN PELANGGARAN ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU YANG BERBANGKIT OLEH STATUT ATAU SEBALIKNYA DARI SEGI UNDANG-UNDANG ATAU DARIPADA URUS NIAGA ATAU PENGGUNAAN DAGANGAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN KETAKMASUKAN WARRANTI TERSIRAT, JADI KETAKMASUKAN SEPERTI YANG DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA. ANDA MUNGKIN MEMILIKI HAK LAIN, YANG BERUBAH-UBAH MENGIKUT BIDANG KUASA.

ANDA BERSETUJU BAHAWA KAMI DAN SYARIKAT INDUK, SEKUTU, SUBSIDIARI, PEMBERI LESEN DAN PEMEGANG SERAH HAK KAMI, DAN SETIAP SATU DARIPADA PEKERJA, PEGAWAI DAN PENGARAH MASING-MASING (SECARA KOLEKTIFNYA, "PIHAK YANG DILEPASKAN"), TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA ATAS APA JUA JENIS GANTI RUGI, SAMA ADA BERASASKAN TORT, KONTRAK, LIABILITI KETAT ATAU SEBALIKNYA, TERMASUK,  TANPA PEMBATASAN, MANA-MANA GANTI RUGI LANGSUNG, ISTIMEWA, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, TURUTAN ATAU PUNITIF YANG TIMBUL ATAU DISEBABKAN OLEH APA JUA CARA ATAU BERKAITAN DENGAN LAMAN WEB INI, TAWARAN, FORUM PENGGUNA, BAHAN-BAHAN, ATAU SEBARANG KESALAHAN ATAU KETINGGALAN DALAM OPERASI TEKNIKAL ATAU BAHAN-BAHAN, WALAUPUN JIKA KAMI TELAH DINASIHATKAN KEMUNGKINAN GANTI RUGI TERSEBUT, SAMA ADA DISEBABKAN SECARA SEPENUHNYA ATAU SEBAHAGIANNYA OLEH KECUAIAN, BENCANA ALAM, KEGAGALAN TELEKOMUNIKASI, KECURIAN ATAU KEMUSNAHAN, ATAU AKSES YANG TIDAK DIBENARKAN KEPADA, LAMAN WEB INI ATAU MAKLUMATNYA ATAU PROGRAMNYA YANG BERKAITAN. WALAU APA PUN PERUNTUKAN LAIN DALAM PERJANJIAN INI, DALAM APA JUA KEADAAN PIHAK YANG DILEPASKAN INI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA UNTUK SEBARANG SEBAB ATAU MANA-MANA KUASA TINDAKAN LANGSUNG YANG MELEBIHI JUMLAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA LIMA PULUH DOLAR ($50). SESETENGAH  BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PEMBATASAN ATAU KETAKMASUKAN WARANTI DAN SYARAT TERTENTU, DAN/ATAU PENOLAK TUNTUTAN BAGI SESETENGAH JENIS GANTI RUGI, JADI SESETENGAH DARIPADA YANG DI ATAS MUNGKIN TIDAK BERKENAAN DENGAN ANDA.

DENGAN MENGAKSES LAMAN WEB IN, ANDA MEMAHAMI BAHAWA ANDA MUNGKIN MENGGUGURKAN HAK DARI SEGI TUNTUTAN YANG KETIKA INI TIDAK DIKETAHUI ATAU  TIDAK DIJANGKA, DAN SEJAJAR DENGAN PENGGUGURAN TERSEBUT, ANDA MENGAKUI BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI, DAN DENGAN INI MENGGUGURKAN DENGAN NYATA, MANFAAT SEKSYEN 1542 KANUN SIVIL CALIFORNIA, DAN MANA-MANA UNDANG-UNDANG YANG SEPERTINYA DI MANA-MANA NEGERI ATAU WILAYAH, YANG MENYATAKAN SEPERTI BERIKUT: "PELEPASAN AM TIDAK MELIPUTI TUNTUTAN DI MANA  SI PEMBERI KREDIT TIDAK TAHU ATAU MENGESYAKI WUJUDNYA APA YANG MEMIHAKNYA SEMASA MELAKASANAKAN PELEPASAN TERSEBUT, YANG JIKA DIKETAHUINYA AKAN SECARA MATERIAL MEMBERI KESAN KEPADA PENYELESAIAN DENGAN PENGHUTANGNYA."

Kami tidak membuat apa jua pernyataan atau waranti mengenai kesempurnaan, ketepatan,  semasa atau kelengkapan sebarang maklumat, fakta, pandangan, pendapat, kenyataan atau  cadangan yang terkandung di dalam Laman Web in, dalam mana-mana Tawaran dan/atau  Bahan-bahan. Rujukan kepada mana-mana produk, proses, penerbitan atau perkhidmatan pihak ketiga melalui nama dagang, nama domain, tanda dagangan, tanda khidmat, logo, pengilang atau sebaliknya bukan merupakan atau membawa maksud pengendorsan atau   pengesyoran oleh kami. Pandangan dan pendapat pengguna mengenai Laman Web tidak semestinya menyatakan atau mencerminkan pandangan dan pendapat Herbalife. Pengguna bertanggungjawab mendapatkan nasihat profesional, yang mana sesuai, berkaitan dengan maklumat, pendapat, nasihat atau kandungan yang tersedia di Laman Web ini.

Internet mungkin terdedah kepada ancaman pencerobohan keselamatan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan akibat daripada ancaman ini kepada mana-mana komputer pengguna, atau daripada mana-mana virus, pepijat, penggodaman, campur tangan tanpa izin, penipuan, kesilapan, ketinggalan, gangguan, kecacatan, kelewatan dalam operasi dan transmisi. Anda juga perlu menyedari bahawa transmisi melalui Internet mungkin tidak selamat, dan anda perlu mengambil kira faktor ini sebelum menghantar sebarang maklumat kepada sesiapa melalui internet. Kami tidak membuat sebarang pernyataan atau waranti mengenai kesesuaian, fungsi, ketersediaan Laman Web ini. Laman Web ini mungkin tidak boleh dicapai buat sementara waktu kerana penyenggaraan atau kepincangan tugas perkakas komputer.

17. PERLINDUNGAN
DENGAN MENGGUNAKAN LAMAN WEB INI ANDA BERSETUJU UNTUK MENANGGUNG RUGI, MEMBELA DAN PIHAK YANG DILEPASKAN AKAN DIPEGANG LEPAS DARIPADA DAN TERHADAP MANA-MANA TUNTUTAN, TUNTUTAN YANG DIDAKWA, PERMINTAAN, KUASA TINDAKAN, PENGHAKIMAN, GANTI RUGI, KERUGIAN, LIABILITI, DAN SEMUA KOS DAN PERBELANJAAN PEMBELAAN, TERMASUK, TANPA PEMBATASAN, YURAN GUAMAN YANG MUNASABAH, YANG TERBIT DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN: PELANGGARAN REPRESENTASI, WARANTI, WAAD ATAU PERJANJIAN-PERJANJIAN DI BAWAH INI; PELANGGARAN PERJANJIAN INI ATAU MANA-MANA UNDANG-UNDANG OLEH ANDA; PENGGUNAAN LAMAN WEB OLEH ANDA DAN/ATAU BAHAN-BAHAN YANG MELANGGAR PERJANJIAN INI; MAKLUMAT ATAU BAHAN-BAHAN YANG DISIARKAN ATAU DIHANTAR MELALUI KOMPUTER ANDA ATAU AKAUN KEAHLIAN, WALAUPUN IA TIDAK DIHANTAR OLEH ANDA, YANG MELANGGAR MANA-MANA HAK CIPTA, TANDA DAGANGAN, RAHSIA PERDAGANGAN, TAMPILAN DAGANG (TRADE DRESS), PATEN, PUBLISITI, PRIVASI ATAU LAIN-LAIN HAK ORANG LAIN ATAU MEMFITNAH SESIAPA PUN; SEBARANG SALAH NYATA OLEH ANDA; DAN/ATAU MAKLUMAT ANDA YANG DIGUNAKAN OLEH KAMI. ANDA DIMINTA MEMBERI KERJASAMA PENUH DAN SEBAGAIMANA YANG DIPERLUKAN DENGAN SEWAJARNYA UNTUK PEMBELAAN SYARIKAT BAGI SEBARANG TUNTUTAN. SYARIKAT MEMPUNYAI HAK, ATAS PERBELANJAANNYA SENDIRI, UNTUK MENANGGUNG PEMBELAAN SECARA EKSKLUSIF DAN MENGAWAL PERKARA LAIN YANG SEBALIKNYA TIDAK TERTAKLUK KEPADA PENANGGUNGAN RUGI OLEH ANDA, DAN ANDA TIDAK AKAN DALAM APA KEADAAN PUN MEMBUAT PENYELESAIAN TERSEBUT TANPA KEBENARAN BERTULIS KAMI.

18. PENAMATAN; PENGUBAHSUAIAN
Kami akan menentukan pematuhan anda terhadap Perjanjian ini mengikut budi bicara mutlak kami dan keputusan kami adalah muktamad dan mengikat. Sebarang  pelanggaran Perjanjian ini boleh menyebabkan sekatan ke atas akses anda kepada semua atau sebahagian daripada Laman Web ini (termasuk mana-mana Web Property atau alamat emel yang disediakan oleh Laman Web) dan boleh dirujuk kepada pihak penguatkuasa undang-undang. Tiada penepian bahagian mana-mana Perjanjian ini boleh berkuatkuasa atau dikuatkuasakan kecuali ia dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pegawai Herbalife yang diberi kuasa dengan sewajarnya.  Kami berhak untuk mengubahsuai atau menghentikan Laman Web ini, atau mana-mana bahagian (termasuk, tanpa terhad kepada, mana-mana Web Property yang terletak di Bizwork Platorm) tanpa notis kepada anda atau pihak ketiga. Dengan penamatan keahlian atau akses kepada Laman Web, atau atas permintaan Herbalife, anda mesti memusnahkan kesemua bahan-bahan yang diperoleh dari Laman Web ini dan kesemua dokumentasi yang berkaitan dan kesemua salinan dan pepasangan. Anda dinasihatkan bahawa kami akan menguatkuasakan hak kami secara agresif pada takat undang-undang yang sepenuhnya.

Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini didapati tak sah oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten, ketaksahan peruntukan tersebut tidak akan memberi kesan keesahan peruntukan yang selebihnya peruntukan Perjanjian ini, yang akan kekal berkuatkuasa dan berkesan sepenuhnya. Tajuk-tajuk bahagian dalam Perjanjian ini adalah untuk kemudahan anda sahaja dan tidak mempunyai kesan undang-undang atau pun kontrak.

19. UNDANG-UNDANG AMERIKA SYARIKAT
Kami mentadbir Laman Web ini dari pejabat kami di Amerika Syarikat. Maklumat yang terkandung di Laman Web ini mungkin tidak sesuai boleh digunakan di lain-lain lokasi, dan akses kepada Laman Web ini dari wilayah-wilayah di mana kandungan Laman Web ini mungkin menyalahi undang-undang adalah dilarang. Jika anda memilih untuk mengakses Laman Web ini atau lain-lain tawaran dari lokasi di luar Amerika Syarikat, anda bertanggungjawab bagi pematuhan dengan undang-undang tempatan jika, dan sehingga, undang-undang tersebut boleh dikenakan.

Kesemua perisian yang digunakan di Laman Web ini atau lain-lain Tawaran tertakluk kepada kawalan eksport AS. Tiada perisian sepertinya boleh dimuatturunkan atau sebaliknya di eksport atau dieksport semula (i) ke (atau warganergara atau penduduk) Cuba, Burma, Republik Demokratik Congo, Ivory Coast, Iraq, Libya, Korea Utara, Iran, Syria, Sudan, Venezuela atau mana-mana negara lain yang dikenakan embargo barang oleh AS; atau (ii) kepada sesiapa dalam senarai Jabatan Perbendaharaan AS, Warganegara yang Ditentukan Khas atau Jabatan Perdagangan AS atau Jadual Arahan Penafian Jabatan Perdagangan AS. Dengan memuatturunkan atau menggunakan perisian yang sepertinya, anda mengaku dan menjamin bahawa anda tidak berada di dalam, di bawah kawalan, atau warganegara atau penduduk tetap mana-mana negara tersebut atau berada di dalam senarai yang sedemikian.   

Kami berhak, mengikut budi bicara mutlak kami, untuk mengehadkan ketersediaan Laman Web atau Tawaran lain kepada mana-mana individu, kawasan atau bidang kuasa geografi pada bila-bila masa.

20. LAIN-LAIN
Undang-undang Amerika Syarikat, Negeri California dikenakan bagi Perjanjian ini (tanpa mengambil kira konflik prinsip undang-undang California yang akan menyebabkan pengenaan bidang kuasa undang-undang lain) dan secara spesifik tidak tertakluk kepada    Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Kontrak untuk Jualan Antarabangsa Barang-barang, jika sebaliknya berkenaan. Sebarang pertikaian anda dengan kami mesti dibawa di hadapan mahkamah negeri atau persekutuan yang terletak di daerah Los Angeles, California dalam tempoh (90) hari selepas kejadian fakta yang menimbulkan kuasa tindakan, jika tidak ia hendaklah dihalang selama-lamanya. Anda dengan ini memberi persetujuan dan berserah kepada bidang kuasa peribadi eksklusif dan tempat mahkamah yang berlokasi di Los Angeles, California bagi sebarang kuasa tindakan yang berkaitan atau timbul di bawah Perjanjian atau Laman Web ini.

21. HAK PRIVASI CALIFORNIA
Penduduk negeri California, di bawah Kanun Sivil California, mempunyai hak untuk meminta daripada syarikat yang menjalankan perniagaan di California senarai pihak ketiga, sekiranya ada, di mana syarikat telah mendedahkan Maklumat Peribadi semasa tahun lalu untuk tujuan pemasaran langsung (cthnya., permintaan yang dibuat pada 2010 akan menerima maklumat mengenai aktiviti yang dikongsikan pada 2009). Kami mematuhi peraturan ini dengan menawarkan kepada pelawat pilihan untuk tidak berkongsi maklumat peribadi anda dengan pihak ketiga untuk tujuan pemasaran langsung mereka. Sila hantar permintaan bertulis anda ke Herbalife di:

  1. Herbalife International of America, Inc.
  2. P.O. Box 80210
  3. Los Angeles, CA 90080-0210 USA

Anda mesti menyertakan Laman Web ini sebagai tajuk emel anda, dan juga nama penuh, alamat emel, dan alamat surat menyurat di dalam mesej anda.

Sila ambil perhatian bahawa sebarang permintaan di bawah Perenggan ini terhad kepada penggunaan dan pendedahan oleh Herbalife berkenaan dengan maklumat peribadi anda. Anda perlu membuat permintaan yang sama berkaitan dengan Pengedar Bebas Herbalife anda jika anda ingin mendapatkan maklumat mengenai sebarang pendedahan yang dia buat tentang maklumat peribadi anda.

22. KEMAMPUAN MENERIMA PERJANJIAN
Anda mengesahkan bahawa anda berusia 18 tahun atau lebih dan mampu serta kompeten untuk terikat dengan terma, syarat, kewajipan, pengakuan, representasi, dan jaminan yang ditetapkan di dalam Perjanjian ini, dan untuk menanggung dan mematuhi dengan terma dan syarat Perjanjian ini.

23. HUBUNGI KAMI
Jika anda mempunyai sebarang soalan, komen atau kekhuatiran berkaitan dengan Laman web kami, sebarang Tawaran atau mengenai Perjanjian, anda boleh menghubungi kami di 866-617-4273.

Dikemaskinikan kali terakhir pada 4 Januari 2011. ©2011 Herbalife International of America. Hak Cipta Terpelihara.

ms-MY | 22/10/2017 21:14:42 | USSLCPRODWEB46 | MyHL | 23/10/2017 12:14:42 | 1.1.2.42312